بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Buah delima kaya dengan
pelbagai nutrisi semulajadi yang sangat baik untuk kesihatan luaran dan dalaman
tubuh badan. Antaranya:-
1.
Mempunyai kandungan anti
oksida yang lebih tinggi daripada beri asai (acai berry) ataupun teh hijau.
2.
Mempunyai kadar
Vitamin C yang tinggi, dalam 100ml mengadungi 16 peratus kadar keperluan harian
seseorang.
3.
Mempunyai kadar
Vitamin K yang tinggi, dimana boleh membantu kesihatan tulang.
4.
Mngandungi Vitamin B
yang mana boleh membantu badan memproses protein,
karbohidrat dan lemak.
5.
Mengandungi manganese
untuk membantu perbentukan struktur tulang semasa proses metabolik dan potasium yang boleh mengkalkan
fungsi selular dan mengawal kadar bendalir dalam badan.
6.
Mengandungi kadar
fosforus, magnesium, kalsium, zink dan zat besi yang tinggi.
7.
Kandungan lemak dan
kolestrol dalam buah ini sangat sedikit.
8.
Hanya mempunyai 130-150 kalori, yang mana 105 kalori tersebut
daripada biji (kita kebiasaannya tak makan biji tersebut).
9.
Mempunyai kadar kalori sedemikian kerana mengadungi minyak tidak
tepu, gula dan karbohidrat.
10.
Mengandungi serat dan
protein.
Buah delima sudah
digunakan dalam bidang perubatan di Timur Tengah sejak dahulu lagi. Pada masa
itu, ia digunakan
sebagai tonik untuk menyembuhkan penyakit ringan seperti ulser dan cirit-birit.
Jus buah delima
mengandungi anti oksida seperti anthocyanin dan asid ellagik, gallic acids, dan
flavanoids seperti quercetin yang mana boleh melindungi
daripada kencing manis (diabetes), sakit jantung, osteoarthritis dan beberapa
jenis kanser yang lain.
Khasiat
Buah Delima Dari Sudut Kecantikan
Pengembalikan sel Buah
delima boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian
sel kulit,menolong perbentukan semula tisu-tisu badan, penyembuhkan
luka-luka dan memperbanyakkan peredaran darah ke kulit.
Minyak dalam biji buah
delima juga memainkan peranan dalam menguatkan
dan membantu lapisan epidermis kulit. Hal ini kerana bijinya
juga mengandungi kadar nutrisi yang tinggi.
Melindungi Daripada Cahaya
Matahari. Buah
delima dapat melindungi kulit daripada sun burn dan merawat sebarang masalah
kulit disebabkan terlalu kerap terdedah dengan cahaya matahari. Tambahan lagi,
ia boleh melindungi kulit daripada radikal bebas matahari, yang boleb
menyebabkan kanser. Minyak dalam buah delima mempunyai anti oksida yang boleh
membantut perbentukan tumor dan barah kulit.
Lambatkan Proses Penuaan. Pemakanan buah delima boleh mengelakkan daripada hyper pigmentation,
bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, garis muka dan wrinkles yang
biasanya disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari.
Mengekalkan Awet Muda. Buah delima mempunyai kandungan yang boleh melembutkan kulit dan
wajah serta menghasilkan elastin dan kolagen tambahan yang boleh mengembalikan
keanjalan kulit.
Memulihkan Kulit Yang Kering. Buah delima ada kalanya diekstrakkan dalam produk-produk
kecantikan kerana ia mempunyai struktur molekul yang boleh masuk ke dalam
lapisan kulit dan memberikan kelembapan tambahan.
Buah delima mengandungi
punicic acid, satu bentuk omega 3 yang mengekalkan tahap kelembapan pada kulit.
Merawat Muka Berminyak dan
Berjerawat. Buah
delima sangat berguna kepada kulit yang berminyak dan berjerawat juga. Sapukan
perahan buah delima pada permukaan kulit yang terjejas boleh mengurangkan
perbentukan serum dan mengawal perbentukan jerawat. Tambahan lagi, buah ini
juga boleh mengurangkan kesan parut disebabkan jerawat.
Buah Delima Sebagai Face Mask. Campurkan 1 sudu teh powdered green papaya, grape seed oil, dan
grape seed extract dengan 2 sudu teh perahan delima. Kemudian sapukan pada
muka. Biarkannya selama sejam dan bilas dengan air yang bersih.
Merawat Keguguran Rambut.
Minum jus delima secara berkala boleh menguatkan akar rambut. Hal ini boleh
mengelakkan masalah keguguran rambut, lantas memberikan anda rambut yang sihat.

Khasiat
Buah Delima Dari Sudut Kesihatan
Menghilangkan Radikal Bebas. Delima mengandungi kadar anti oksida yang tinggi seperti
hydrolysable tannis dan polyphenols yang mana boleh mengurangkan kesan radikal
bebas dalam badan.
Melindungi Kesihatan Jantung. Delima membantu membuang plak pada saluran darah dan membuatkan
arteri lebih fleksibel. Dengan ini, dapat mengurangkan masalah saluran darah.
Pada masa mengurangkan risiko artherosclerosis, iaitu punca utama masalah
jantung. Bapa
MF amalkan pati delima setiap hari, untuk mengurangkan kolestrol dalam darah
dan alhamdulillah, lebih sihat dan kuat jantungnya...disamping jaga pemakanan
yang lain. Jadi, pati delima baik sebagai supplement harian untuk pesakit
jantung.
Pengambilan jus buah
delima boleh
mengurangkan tahap kolestrol buruk (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik (HDL),yang
mana boleh meningkatkan tahap kesihatan jantung dan mengurangkan risiko masalah
kardiovaskular (jantung). MF
nak konsisten amalkan beri pati delima untuk suami sebab suami mempunyai
kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah.
Melawan Kanser. Buah delima mengandungi anti oksida yang mana sangat efektif
dalam melawan beberapa jenis kanser, termasuklah kanser payu dara, prostat dan
kulit. Selain itu, anti oksida juga memainkan peranan untuk melawan sesetengah
penyakit yang lain.
Bahan anti oksida akan
menyebabkan perbentukan
sel darah merah untuk menyahtoksinkan badan dan membentuk sistem daya tahan
badan lebih baik.
Delima juga dipercayai
boleh memberikan apoptosis, satu proses di mana sel itu akan memusnahkan diri
sendiri. Pengambilan segelas jus delima setiap hari boleh membantut perbentukan
sel kanser dalam kanser prostat. Tambahan lagi, ia juga boleh menghalang
aromatase, satu enzim yang memainkan peranan yang penting dalam perbentukan
kanser payu dara.
Membantu Sistem Penghadaman. Delima membantu sistem badan mengeluarkan enzim dengan sifat
anti-bakteria yang boleb membantu sistem penghadaman dan melawan pelbagai
penyakit makanan yang dimakan. Buah delima
juga boleh merawat sembelit.
Cara pengambilannya
adalah dengan mencampur 1 sudu teh madu dan 1 sudu teh perahan/jus buah delima
ke dalam satu gelas.
Meningkatkan Selera Makan. Buah delima sangat sesuai untuk kanak-kanak yang tidak mempunyai
selera makan. Ibu bapa digalakkan memberikan mereka minum segelas jus delima.
Ini boleh membantu mereka untuk lebih berselera untuk makan. Pernah cuba beri
pada anak-anak, tapi tak suka pula dia. Nak kena cari jus delima yang lebih
sedap agaknya.
Menyembuhkan Anemia. Anemia merupakan satu masalah kesihatan disebabkan oleh
kekurangan sel darah merah dalam badan. Buah delima mempunyai kadar zat besi
yang tinggi. Ini boleh meningkatkan kandungan hemoglobin dalam darah, dan
lantas menyembuhkan penyakit anemia.
Mengurangkan Inflamasi.
Delima mengandungi Vitamin C yang mana merupakan satu bahan anti-inflamasi. Ini
boleh membantu mengawal dan mengurangkan penyakit asma, sakit tekat, batuk dan
bersin.
Membantu Peredaran Darah. Buah delima juga sering digunakan untuk melegakan masalah darah
tersumbat dalam saluran darah. Perkara ini boleh disebabkan oleh sesorang itu
tidak mengamalkan pemakanan yang baik dan mungkin juga kerana merokok.
Membantu
Mengurangkan Berat Badan. Kajian
menunjukkan bahawa buah delima mempunyai khasiat semulajadi yang boleh mencuci
badan dari dalam, detox dan membantu pembakaran lemak yang tidak digunakan.
Oleh itu, buah delima sangat sesuai dijadikan satu makanan amalan setiap hari
bagi sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan.
Mengawal Kadar Gula Dalam
Darah. Walaupun
buah delima mengandungi fruktos, ia tidak meningkatkan kadar gula dalam darah
sepertimana buah-buah yang lain. Kajian menunjukkan bahawa tiada peningkatan
gula dalam darah bagi pesakit kencing manis yang mengamalkan
pemakanan/peminuman buah delima setiap hari selama 2 minggu.
Mengawal Tekanan Darah. Buah delima juga boleh mengurangkan tekanan darah tinggi. Jus
buah tersebut boleh mengurangkan inflamasi pada saluran darah bagi pesakit
masalah jantung. Ia merupakan aspirin semula jadi, yang mana boleh mengelakkan
perbentukan gumpalan darah.
Menghalang Perbentukan Plak. Jus buah delima boleh digunakan sebagai pembersih mulut, seperti
mana yang dijual komersial di luar sana. Beberapa kandungan dalam buah tersebut
mempunyai sifat anti plak yang tinggi. Boleh ganti listerin macam ni kan.
Kajian menunjukkan bahawa
buah delima boleh mengurangkan plak pada mulut (disebabkan oleh perbentukan
organisma) sebanyak 84%.
Khasiat
Buah Delima Kepada Lelaki
Mengurangkan Risiko Mati Pucuk. Pemakanan dan peminuman buah delima secara berkala boleh
mengurangkan risiko kanser prostat, mati pucuk ataupun atherosclerosis.
Kandungan anti oksidanya yang tinggi boleh mengelakkan anda daripada risiko
penyakit-penyakit tersebut.
Merawat Kanser Prostat. Kajian menunjukkan bahawa dengan pengambilan buah delima boleh
mengurangkan dan dalam beberapa kes boleh menyembuhkan pesakit kanser prostat.
Khasiat
Buah Delima Kepada Perempuan
Memberikan Kesihatan Ketika
Mengandung. Buah
delima mengandungi niacin, asid folik, potassium, kalsium, vitamin c, zat besi
dan serat yang tinggi. Kandungan ini boleh mengekalkan tahap kesihatan wanita
yang sedang mengandung dan perkembangan bayi.
Sifat buah delima yang
anti inflamasi mengekalkan peredaran darah, sangat baik untuk perkembangan
fetus bayi. Selain itu, buah delima mempunyai potassiun yang mana boleh mengelakkan kekejangan semasa mengandung. Pengambilan buah
delima secara berkala oleh ibu yang mengandung boleh mengurangkan risiko
kelahiran tak cukup bulan.
Pengambilan jus delima
semasa mengandung boleh
mengurangkan kekejangan dan masalah tidur yang biasanya dialami oleh wanita
mengandung. Delima
juga boleh meningkatkan kadar peredaran darah ke janin, yang mana boleh
mengurangkan risiko kerosakan otak.
Buah delima juga antara
makanan tambahan terbaik untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap hemoglobin
darah ketika mengandung. Tak perlu nak telan pil itu ini, amalkan pengambilan
pati delima untuk tingkatkan Hb ketika mengandung. Ini pengalaman sebenar MF...
Pernah Hb turun paras 10.3, alhamdulillah selepas amalkan pati delima naik ke
paras 12.3.. alhamdulillah dengan izin Allah.
Mengurangkan Risiko Kanser Payu
Dara. Kajian
menunjukkan bahawa kandungan ellagitannins dalam buah delima boleh mengelakkan
perkembangan sel kanser payu dara.
Kajian
Untuk Membuktikan Bahawa Buah Delima Betul-betul Berkhasiat.
1. Kanser Prostat
Satu kajian pada 2006
telah menemui bahawa meminum 227ml jus buah delima setiap hari boleh
melambatkan perkembangan kanser prostat lelaki. Namun, walaupun kajian tersebut
dilakukan dengan penuh teliti, terdapat beberapa pihak yang tidak bersetuju dan
meminta beberapa kajian tambahan untuk menyokong penemuan ini.
2. Arteri yang sempit (Carotid
Artery Stenosis)
Satu kajian telah
dilakukan pada 2004 tentang pesakit Carotid artery stenosis, mendapati bahawa
pengambilan 50ml jus delima setiap hari selama 3 tahun boleh mengurangkan kesan
buruk kolestrol kepada arteri sebanyak 50%, dan boleh menghalang perbentukan
kolestrol dalam badan. Memang
sangat diakui... Kesan kepada bapa MF sendiri.. pernah jalani pembedahan
masukkan spring ke dalam saluran arteri jantungnya pada tahun 2010...
Alhamdulillah... selepas pembedahan, konsisten amal minum pati delima setiap
hari, dua sudu makan sebagai supplement harian... Alhamdulillah.. sekarang dah
6 tahun nampak sihat, dah boleh kayuh basikal ke pekan, buat kerja pertukangan...
walaupun tak seaktif dulu, tapi sekurang-kurangnya nampak lebih sihat.
Alhamdulillah...dengan izin Allah juga... Moga bapa MF terus diberikan
kesihatan yang baik walaupun di hujung usia.
3. Masalah Jantung
Satu kajian telah dibuat
pada 2005 ke atas 45 pesakit yang mempunyai masalah jantung. Mereka diberi
minum 238ml jus delima selama 3 bulan dan hasilnya sangat memberansangkan.
Peredaran darah mereka semakin baik dan risiko sakit jantung semakin berkurang.
Pantang Larang Untuk Pengamalan
Buah Delima
Untuk amalkan pengambilan
Jus Delima atau Pati Delima atau Buah Delima, pastikan patuh kepada pantang
larang ini. Jika salah amal boleh bagi kesan negatif pula.
1. Jus delima tidak
digalakkan diambil oleh orang yang sedang mengalami selesema, batuk, cirit
birit ataupun penyakit yang berkaitan.
2. Jus delima mempunyai
anti oksida yang boleh merendahkan tekanan darah. Oleh itu, sekiranya sedang
mengambil ubat tekanan darah dari doktor, tidak digalakkan untuk meminum
jus delima ini. Hal ini kerana berbuat demikian boleh menyebabkan mendapat
tekanan darah yang sangat rendah (hypotension).
3. Orang yang mempunyai
alahan pada sesetengah tumbuhan dan asma ada kemungkinan mempunyai alahan pada
buah ini. Alahan yang biasa adalah muntah, mata berasa gatal dan kesukaran
bernafas.
4. Buah delima boleh
mengganggu kesan beberapa ubat, terutamanya ubat kolestrol.
Sumber
rujukan dan olahan dari: http://www.panduansaya.com/
Buah Delima Juga disebut
dalam beberapa ayat al-Quran dan hadis... Jadi sudah pasti ini membuktikan buah
delima memang mempunyai pelbagai khasiat untuk manusia.
Firman Allah s.w.t dalam
surah Al-An’am ayat 141 yang bermaksud:
Dan Dialah yang menjadikan
kebun-kebun yang bersusun dan kebun-kebun yang tidak bersusun, pokok kurma,
tanaman-tanaman yang berlainan rasanya, pokok zaitun, dan pokok delima yang
serupa atau yang tidak serupa. Makanlah buahnya jika telah berbuah dan bayarlah
zakatnya di hari kalian memetiknya. Dan janganlah kalian melampaui batas,
sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas . (Al-An’am : 141)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w
yang bermaksud:
Makanlah delima dengan kulitnya
kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut (Diriwayatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Tidaklah buah delima yang ada
pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima dari
syurga. (Diriwayatkan oleh Al-Dzabi)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Makanlah buah delima dengan
isinya, kerana ia dapat mencuci penghadaman.(Diriwayatkan oleh Imam
Ahmad)

Nak dapatkan buah delima
agak susah, jadi ambil inisiatif amalkan pati delima gulsan. Pati delima ni
berbeza dari jus... Jus delima mungkin dicampur dengan gula dan ada yang tidak.
Tapi pati delima ni, betul-betul perahan buah delima. Memang rasa dan bau buah
delima asli serta rasanya yang sedikit masam. Harganya pun murah dan senang
didapati di kebanyakan kiosk dan toko jamu dan kesihatan. Cuma, sekarang ni
kurang konsisten. Moga dengan pembacaan, perkongsian ilmu ni, meningkatkan
motivasi diri sendiri untuk lebih konsisten amalkan makan pati delima. Nak
lebih baik, memang amalkan buahnya tu kan.. Tapi kena ikut musim dan tempat
tertentu, jadi amalkan yang mana kita rasa boleh amal. Selebihnya doa dan
tawakal kerana semuanya dengan izin Allah jua.
No comments:
Post a Comment